Zety Roses

Kebaikan Ros Dari Pelbagai Sudut

Ros atau mawar rupanya tanaman yang mempunyai banyak khasiat yang pernah disebutkan di dalam kitab perubatan Islam. Kebanyakan pengamal perubatan Islam akan mensarankan mereka yang mengalami gangguan ilmu sihir untuk menggunakan minyak wangi ekstrak ros kerana ia antara sumber pendinding dari gangguan jin mahupun syaitan.

Di dalam perubatan homeopati pula, ekstak ros digunakan sebagai salah satu ramuan kerana mengandungi sulphur dan garam. Kedua-dua bahan ini juga membantu proses pengembangan dan kontraksi bagi wanita hamil yang hampir bersalin.
Dalam bidang kimia, ros merah mempunyai sifat kejantanan. Ia mengandungi sulphur aktif. Manakala ros putih melambangkan kewanitaan di mana ia mempunyai sifat-sifat penerimaan (receptive). Gabungan kepada dua sifat warna ros putih dan merah melahirkan sifat seperti raksa (Alchemical mercury).

Melalui beberapa kajian juga telah menunjukkan ros liar yang diberi nama saintifik Rosa canina mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan kemurungan, meningkatkan stimulasi otak, kegembiraan dan kesegaran minda. Jadi memang eloklah ekstrak minyak wangi ros diberi kepada mereka yang mengidap sakit mental dan kemurungan.

Selain bunga, akar dan daun bunga ros sesuai di buat teh, jem mahupun sirap. Ia elok bagi penyembuhan selsema dan demam kerana ia mengandungi Vitamin C yang tinggi. Sebab itu lah, orang dulu-dulu gemar jadikan sirap ros sebagai juadah.
Air ros pula selain sebagai wangian, sebenarnya merupakan anti-septik yang baik (boleh disapu pada luka atau sengatan), di samping memberikan rangsangan kepada otak untuk ketenangan.

Sumber: https://www.impiana.my/ini-khasiat-ros-yang-diceritakan-dalam-kitab-perubatan-islam/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *