Zety Roses

Bunga ros atau mawar yang diminati sejak kecil, membawa tuah kepada bekas pensyarah Universiti Malaysia Terengganu apabila hiasan di laman rumahnya kini mampu meraih pendapatan sampingan.Menggunakan jenama Zetty Roses, kini ladang mawar diusahakan SH Marzety Adibah Al Sayed Muhamad mempunyai lebih 30 pekerja.Tidak cukup dengan itu, pengunjung dan pembeli yang datang turut ditawarkan khidmat terapi bunga ros secara percuma.