Bunga Ros atau Mawar yang diminati sejak kecil, membawa tuah kepada Dr Sharifah Marzety Adibah Al-Sayed Mohamad, kerana bukan setakat indah menghiasi laman rumahnya, malah menjana pendapatan sampingan.Laman rumahnya yang bertukar menjadi nurseri, membolehkan bekas Pensyarah Kaunseling dan Psikologi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu menyediakan pekerjaan kepada lebih 30 penduduk secara sambilan dan tetap.