Surihati Hebat Pencetus Semangat

WEBINAR ROS TANAH RENDAH.
.
Bunga ros atau mawar merupakan bunga yang menjadi lambang cinta dan kasih sayang yang sering dihadiahkan pada hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya. Biasanya ia dibeli dari kedai bunga dan ia juga tidak tahan lama.
.
Kebanyakan daripada kita jarang memilih untuk menanam pokok bunga ros. Mengapa? Kerana ramai yang beranggapan ia sukar dijaga, mudah diserang penyakit dan memerlukan banyak perhatian. Namun itu semua sebenarnya dapat diatasi jika anda ada ilmu dalam tanaman bunga ros.
.
Kami bawakan WEBINAR ROS TANAH RENDAH : HOBI ATAU JANA PENDAPATAN?
Penceramah istimewa dibawakan khas dari Terengganu iaitu Dr. Sh Marzety Adibah Binti Al Sayed Mohamad.
.
Pemilik Taman Zety Roses (TZR), Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Zety, merupakan anak jati Terengganu yang kini menetap di Kg. Tanjung Aur, Jalan Pantai Ali, Hulu Terengganu.
.
Dr. Zety merupakan seorang bekas pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau telah menjadikan penanaman ros sebagai hobi dan terapi beliau serta keluarga sejak sembilan tahun yang lalu. Kini ladang yang diusahakan seluas 2 ha telah menjadi sebuah pusat jualan ros secara komersial dan berskala besar dan menempa nama di seluruh Malaysia dikalangan peminat ros.
.
Selain daripada berpengalaman dalam agronomi ros beliau turut berjaya menghasil dan memasarkan produk hiliran berasaskan ros seperti bahan kosmetik, pewangi dan baja serta kit penjagaan tanaman ros.

📆 29 September 2021 (Rabu)
⏰ 9.30 pagi hingga 11.30 pagi
🎥 Pautan (Zoom Webinar): https://bit.ly/3yAMze3
📝 Pendaftaran : https://bit.ly/PendaftaranWebinarRos2021

#myDOA #WebinarDOA #pengembangannormabaharu
#MenangBersama #LindungiDiriLindungiSemua

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *