Zety Roses

Bau-bauan mempengaruhi minda

Deria bau mungkin dirasakan tidak begitu penting berbanding deria-deria yang lain pada badan kita seperti penglihatan, pendengaran dan rasa.

Secara purata, manusia mempunyai sekurang-kurangnya 5 hingga 6 juta reseptor atau penerima untuk deria bau.

Tanpa anda sedar, sebenarnya bau juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan ini adalah bagaimana bau boleh mempengaruhi dan  mengubah tingkah laku seseorang terhadap sesuatu.

#1. Meningkatkan Selera

Selain deria rasa, deria bau juga memainkan peranan dalam meningkatkan selera makan seseorang. Cuba anda ingat semula, semasa selsema kita akan berasa kurang berselera untuk makan.

Ha, sebabnya bau makanan akan dihantar kepada otak dan bau-bauan ini akan bergabung dengan deria rasa pada lidah untuk meningkatkan tahap kesedapan satu-satu makanan.

#2. Daya Tarikan

Jika anda perasan, perkara pertama yang kita akan perasan jika masuk ke satu tempat yang baru adalah baunya. Sebagai contoh, bilik tidur. Sekiranya bilik tidur anda berbau wangi, sudah tentu anda akan berasa gembira dan suka untuk habiskan masa di dalamnya.

Disebabkan itu, ada sesetengah orang yang minat untuk meletakkan bunga ros yang berbau harum di dalam bilik atau di ruang tamu mereka.

#3. Mengembalikan Memori

Bau-bauan mempunyai satu ciri yang unik. Selain dapat menarik perhatian, ia juga mampu mengembalikan memori dan menyatukan emosi. Ada kajian mengatakan, bau lebih mengaktifkan ingatan emosi berbanding gambar.

Kira-kira 50 peratus daripada ingatan memori akan dilupakan selepas sebulan tetapi ingatan pada bauan akan kekal selama setahun.

#4. Mempengaruhi Mood

Sama seperti mengembalikan memori, bauan juga boleh menenangkan serta menaikkan mood. Perkara ini kebiasaannya berlaku tanpa kita sedari dan kadangkala, kita tak pasti kenapa perasaan kita tiba-tiba terganggu atau tak semena-mena jadi pemarah.

Dan, sebab ini jugaklah wujudnya aromatherapy. Kan banyak ada dijual lilin-lilin wangi yang boleh menenangkan minda dan mengembalikan mood. Sama juga ketika kita melawat pesakit di hospital, pemberian bunga lebih efektif untuk membuatkan pesakit berasa sedikit ceria. Lagi-lagi jika anda beri bunga ros yang berwarna-warni dan tentunya wangi!

#5. Mampu Membuatkan Seseorang Berbelanja

Ini bukanlah perkara yang baru. Para pekedai atau peniaga menggelarnya ‘enviromental fragrancing’. Dalam erti kata lain, minda kita dipengaruhi melalui deria bau.

Sesetengah kedai akan meletakkan wangian pada pintu masuk untuk menarik pelanggan supaya membeli. Taktik yang sama juga digunakan oleh kedai kek dan juga bakeri. Kalau anda pergi ke kedai menjual bunga lagi bau wangi tu semerbak!

Macam mana pendapat anda? Setuju atau tidak? Boleh bayangkan tak kalau hidup kita tanpa ada deria bau?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *