Air Bunga Ros sebagai penyegar udara.

Semburan air bunga ros adalah cara terbaik untuk merawat banyak penyakit.  Cara hendak membuatnya pun mudah. Cuma campurkan air panas mendidih dengan kelopak bunga ros dan rendam di dalam mangkuk yang bertutup. Semburkan air rendaman itu kepada pesakit yang menghadapi masalah saraf selama dua minggu, Insya-Allah semuanya akan selesai.

Haruman bunga ros bukan saja untuk orang sakit, yang sihat pun boleh menikmati khasiatnya. Jadi bertambah-tambah sihatlah kalau mengamalkannya kerana semburan air bunga ros bagus untuk menguatkan sistem saraf dan pertahanan badan. Dengan hanya menyapukannya keseluruhan badan, tengoklah kesannya amat besar.

Begitu juga, dengan merendam kaki di dalam air bunga ros yang suam boleh merawat reumatisme. Amat menarik sekali kajian yang dilakukan oleh Dr. Boris, seorang doktor sains perubatan dari Amerika Syarikat, apabila dia meletakkan selimut yang telah dibasahi dengan air bunga ros sebagi alas tilam pesakit. Kemudian dibalut dengan cadar dan selimut yang kering. Dengan cara itu dia mendapati pesakit yang baru menjalani pembedahan cepat sembuh.

Mandi sudah, semburan pun sudah, jadi nikmati anugerah daripada Tuhan yang tidak terkira besarnya. Pada sekuntum bunga yang kecil, diberikan Allah kekuatan untuk menjadi penyembuh bagi banyak penyakit berbahaya.

Ada juga yang mengamalkan makan kelopak bunga ros untuk awet muda dan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Betullah dakwaan itu jika dibandingkan dengan kajian yang dilakukan oleh Dr. Boris tentang khasiat bunga ros. Bijaklah yang tahu rahsia itu dan sudah memanfaatkannya sejak lama dulu.

Tekak terasa dahaga pula, kemudian dihidangkan secawan teh kelopak ros…hmmm, leganya. Bukan sekadar menghilang dahaga tapi banyak rahsianya segelas air panas yang bercampur dengan sesudu kecil kelopak bunga ros kering. Baik untuk menentang selesema, faringitis, bronkitis dan pelbagai neurosis. Teh bunga ros adalah minuman paling bervitamin semula jadi, wangi dan sedap.

Sumber: https://www.alislam.com.my/mandi-bunga-amalan-atau-sains/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *