Zety Roses

Berita BERNAMA, 8 November 2018

KUALA BERANG, 8 Nov (Bernama) — Tengkujuh Tidak Jejas Taman Ros Terengganu. Belajar daripada pengalaman semasa musim tengkujuh di awal kewujudan Taman Zety Roses (TZR) kira-kira tujuh tahun lepas, pemiliknya Dr Sh Marzety Adibah Al-Sayed Mohamed bersyukur apabila musim hujan kini tidak lagi menjejaskan lebih 700 spesies bunga ros di tamannya itu.

Pensyarah Kaunseling dan Psikologi di Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu (PPPSE UMT) itu berkata beliau pernah mengalami kerugian akibat tengkujuh kerana kekurangan ilmu berkaitan penjagaan ros yang sempurna ketika itu.

“Banyak ros yang rosak akibat takungan air terlalu banyak dalam pasu, namun ia memberi 1,001 hikmah kepada saya untuk terus membangunkan TZR yang diwujudkan di kediaman saya di Kampung Tanjung Aur di sini, dengan cara yang betul,” katanya kepada Bernama hari ini.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *