Zety Roses

KAEDAH PENANAMAN & PENJAGAAN POKOK ROS

MENYALIN POKOK DARI POLYBAG KE PASU

Masukkan tanah ke dalam pasu dan buat lubang di tengah-tengah. Tinggalkan 30% sahaja sekam dari polybag dan masukkan dalam pasu.Letakkan pancang kayu ditengah-tengah untuk memastikan pokok tersebut berdiri tegak.Buang bunga, kudup dan batang dan daun kering kering.Siram dan letakkan baja.

MEMBAJA

Membaja di lakukan seminggu sekali. Cara membaja adalah dengan sukatan 3 sudu besar ditabur di keliling batang pokok (jauh dari batang pokok) sebelum menyiram. Seeloknya membaja pada waktu petang.dan membuat semburan Set Inovasi Tonik (ZR TONIK, ZR TONIK PLUS, BB, BD, BC) pada waktu petang di atas tanah pada hari tersebut

  • Pasu Semaian ( 1 sudu besar)
  • Pasu Kecil (3 sudu besar)
  • Pasu Sederhana (6 sudu besar)
  • Pasu Besar (12 sudu besar)
  • Atas Tanah (18 sudu besar)

MENYIRAM

Siraman dilakukan 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang dan pastikan air tersebut mencukupi. Sebaik-baiknya hingga air keluar dari bawah pasu

TOUCH-UP POKOK

'TOUCH-UP POKOK' adalah istilah yang digunakan untuk kerja-kerja membuang daun dan batang kering/rosak, daun yang kekuningan, membuang ranting yang berlebihan. Aktiviti ini seeloknya dilakukan setiap hari atau 3 hari sekali. Aktiviti ini penting bagi memastikan baja sampai ke daun/batang yang memerlukan. Jika ranting yang rosak dibiarkan nutrient dari baja turut sampai ke ranting yang rosak tadi tetapi tidak memberi kesan apa-apa.

REHAT & RAWAT

Rehat & Rawat adalah istilah yang digunakan untuk merehatkan dan merawat pokok ros supaya pokok lebih tahan lama, bunga makin banyak dan besar. Pokok seperti juga manusia, jika ianya terus bekerja tanpa henti mengeluarkan bunga, lama kelamaan pokok tersebut akan mengalami tekanan dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Pada fasa Rehat & Rawat ini, pokok bunga akan menjalani proses "pruning" iaitu proses membuang bunga, pucuk, ranting dan daun (seperti dalam gambar). Proses Rehat & Rewat di buat selepas 3 minggu pokok berbunga. Sila rujuk disini untuk JADUAL PENJAGAAN POKOK ROS

PENGGUNAAN SET INOVASI TONIK

Set Inovasi Tonik (ZR TONIK, ZR TONIK PLUS, BB, BD, BC)

Set Tonik ZR Tonik, ZR Tonik Plus, BB (Boom Bunga), BD (Boom Daun) dan BC (Boom Cabang) adalah penggalak kepada pertumbuhan cabang, daun dan bunga untuk menghasilkan lebih banyak bunga, bunga yg lebih besar, lebih terang warna dan lebih harum. ZR Tonik dan ZR Tonik Plus digunakan untuk membaik pulih akar, mengembalikan fungsi tanah, menambah kesuburan tanah, meningkatkan daya tahan pokok dan membantu pemulihan pokok yg tidak sihat. 

MENGAPUR TANAH

Tanah akan berubah pH mengikut peredaran masa. Perubahan pH tanah akan menyebabkan tanah menjadi tidak subur dan tidak dapat menyerap nutrient yg diberikan melalui pembajaan. Penggunaan baja kapur akan mengembalikan pH tanah. Mengapur tanah perlukan dilakukan 3 bulan sekali