Zety Roses

CARA PENYALINAN POKOK ROS DARI POLYBAG KE PASU

1- Sediakan Anak Pokok

Sediakan anak pokok bunga ros yang hendak disalin berserta pasu atau bekas.

2 - Letakkan Tanah

Letakkan medium atau Tanah Khas Ros Zety Roses ke dalam pasu. Tanah Zety Roses adalah tanah poros air. Klik disini untuk mengetahui kenapa perlu guna TANAH POROS AIR

3 - Buat Lubang

Buat lubang di tengah-tengah pasu yang telah diletakkan tanah tersebut.

4 - Ambil Anak Pokok

Ambil anak pokok bunga yang ingin dipindahkan ke dalam pasu

5 - Buang Tanah

Keluarkan anak pokok bunga ros dari polybag dan bersihkan tanah sedia ada

6 - Buang Sekam Padi

Buang sekam padi tersebut dan tinggal 30% sahaja tanah dibahagian akar pokok.

7 - Tanam Pokok Bunga

Tanam pokok bunga rose di dalam pasu yang telah diletakkan tanah / Medium Khas Zety Roses.

8 - Ratakan Tanah

Ratakan medium khas zety roses dan kemaskan pokok bunga ros

9 - Letak Kayu

Memancangkan batang kayu di tengah-tengah pokok, supaya pokok bunga ros berada di dalam posisi yang tegak (tidak menyenget).

10 - Siram Pokok

Siram air dengan banyak sehingga nampak air keluar daripada pasu.

11 - Buang Putik Bunga & Daun Kering

Buang semua putik-putik bunga, daun-daun kering atau batang-batang kering sekiranya ada.

12 - Letak Baja

Letakkan 2 sudu besar Baja Organik Zety Roses di tepi pasu menjauhi batang pokok bunga.