
"We Specialize In Roses"
UK SUMMER ROSE TOUR 2019 - RM 5900/PAX

we specialize in roses
KENAPA NAK PERGI ZETY ROSES UK SUMMER ROSE TOUR?
Buat pertama kalinya Zety Roses mengajak rakan peminat ros semua meneroka dunia ros di bumi England yang di ketahui sebagai tempat ros terbaik di dunia. Lawatan ini akan meliputi 3 bandar iaitu Wolverhampton di zon barat tengah England, London di zon tengah dan anda berpeluang merasai suasana pantai selatan England di Portsmouth. Pernah tengok taman ros di pesisir pantai?
Lawatan ini dirancang khas agar kita semua akan dapat berkongsi ilmu ros yang baru disamping pengalaman mengenali bandar dan suasana negara Queen Elizabeth ini. Pengalaman yang mungkin kita sukar dapat bersama agen pengendali yang lain.
Kami seboleh mungkin tidak mahu kos lawatan yang membebankan di mana kebanyakan lawatan akan memasukkan kos makan di dalam pakej menjadikan harga pakej yang mahal walhal tidak semua makanan memenuhi citarasa asia kita.
Kita bebas untuk membawa bekalan makanan sendiri dan kami juga akan membuat cadangan tempat makan halal yang bersesuaian dengan bajet dan selera kita.
Lawatan Zety Roses dan rakan peminat ros ini dibuat dalam kumpulan yang kecil agar Dr Zety dapat mendekati setiap ahli lawatan dan berkongsi tips dengan kita semua. Penyelaras lawatan kami juga merupakan individu berpengalaman yang pernah tinggal lama di United Kingdom.
Jadi tunggu apa lagi? Mahukan ilmu baru ros? Pengalaman menarik di England? Nak shopping di Oxford Street dan Factory Outlet di Gunwharf Quays? Jom cepat-cepat book tempat anda hari ini.