PENYAKIT & MASAALAH POKOK ROS
BLACKSPOT
Pokok ros memang terkenal dengan serangan penyakitnya seperti blackspot, bena dan kulat. Pokok ros perlu sentiasa dipantau kerana kebanyakkan penyakit atau serangan perosak yang menyerang ros mudah dan cepat merebak. Untuk mengawal dan membasmi blackspot dan lain-lain kulat boleh guna produk keluaran Zety Roses RR 4 PLUS
KANKER
Kanker disebabkan oleh sejenis fungi dan ianya biasa berlaku pada pokok ros. Jika dibiarkan, kanker akan merebak hingga ke bud union dan batang utama dan boleh menyebabkan pokok mati. Semburan set 5 serangkai Zety Roses dapat mencegah berlakunya kanker atau boleh juga guna RR 6
KEKURANGAN BAJA
Jika daun menjadi kuning dan seperti terbakar, biasanya terjadi disebabkan oleh kekurangan baja .
AIR KURANG
Daun juga akan menjadi kuning jika air tidak mencukupi. Keadaan kondisi daun berbeza antara daun yang kekurangan air dengan daun kuning yang kekurangan baja. Pokok perlu disiram 2 kali sehari iaitu pada pagi dan petang
DAUN BERKERINTING
Daun menjadi kerinting biasanya disebabkan oleh kekurangan nutrient dalam baja. Disarankan menggunakan Baja Organik Zety Roses kerana baja Zety Roses mempunyai nutrient lengkap yang diperlukan oleh pokok
SERANGAN THRIPS
Thrips atau kutu juga biasanya menyerang pokok ros. Thrips biasa menyerang pucuk dan kudup (nampak terbakar). Untuk mencegah Thrips anda boleh gunakan RR1 atau RR1 PLUS