Penjagaan Ros Pada Musim Hujan

Assalamualaikum & Selamat Pagi..
Semoga Jumaat ini memberi seribu kerahmatan buat kita semua…Amin..
Pucuk2 cinta di kehujanan..ptg ni pucuk2 ni semua saya nak potong dulu satu inci (pinching).
Rasionalnya sbb mrk ni masih lagi dlm tempoh rehat & rawat. Saya nak mrk semua betul2 rest. Tak nak lagi mrk berputik & berbunga.
Tak sabar2 mrk semua berlumba2 nak berputik cinta ya😆
Mulai esok baru saya akan biarkan mrk semua berpucuk2 & dah tak pinching. Tempoh mrk berpucuk2 pula selama 2 minggu. InsyaAllah selepas 2 minggu musim pucuk2 ulam-ulaman mrk akan berbunga serentak selama 2-3 minggu.
Musim hujan ni saya cadangkan bagi mrk berbunga 2 minggu cukup lah..biar mrk byk rehat di musim skrg ni. Kalau tak nak bagi mrk berbunga & nak kekalkan di step 1(rehat&rawat) shj di musim hujan ni lagi bagus..
Maka Taman Zety Roses(TZR), akan menikmati musim bunga lagi. InsyaAllah..nanti saya update lagi musim bunga😀
Alhamdulillah..dah setahun lebih TZR menikmati musim bunga 5 minggu sekali. Syukur Alhamdulillah..tak ada lagi nikmat yg tersangat bahagia kan..bila pokok2 ros blh maintain kekal sihat..bila masuk musim berpucuk..mrk serentak berpucuk..bila masuk musim bunga..mereka serentak berbunga2..
Sangat berbeza dgn sebelum ni 8 thn yg lalu saya hanya biarkan mrk semua berbunga je..ikut suka mrk nak berbunga..tak berapa best time tu..sbb ada yg berbunga..ada yg tak berbunga..pokok hanya dirawat kalau nampak tak sihat je.
Sekarang..serentak ribu riban pokok semua berbunga..nama lagi musim bunga kan😀
Syukur Alhamdulillah…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *