PENGASAS Taman Zety Roses
Pemilik Taman Zety Roses(TZR) Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Zety, merupakan anak jati Terengganu yang kini menetap di Kg. Tanjung Aur, Jalan Pantai Ali, Hulu Terengganu.
Beliau dikurniakan 5 orang cahaya mata bersama suami tercinta Ustaz Engku Hassan Bin Engku Wok Zin yang kini mengajar di SMKA Dato’ Haji Abbas, Terengganu.
Dr. Zety merupakan seorang bekas pensyarah di Jabatan Psikologi & Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu, dan telah menamatkan kerjaya sebagai pensyarah tahun ini.Beliau telah menjadikan taman ros sebagai terapi beliau dan keluarga dan kini hanya melalui sebuah hobi sebagai terapi telah menjadi sebuah pusat jualan ros secara komersial dan berskala besar menempa nama ke seluruh Malaysia.
Dr. Zety mula terlibat dalam penanaman ros sebagai hobi sejak 9 tahun yang lalu. Semenjak kecil beliau meminati bunga ros dan bercita-cita ingin memiliki sebuah rumah putih di dalam taman ros kini menjadi realiti. Bermula daripada hobi, beliau telah mendalami ilmu penjagaan & penanaman ros melalui pembacaan & R&D di tamannya sendiri.