Zety Roses

Baja Organik - Baja Kapur - Tanah Poros Air

Baja Organik Zety Roses

Penggunaan Baja Yang Betul Asas kpd tanaman/tumbuhan yg subur bergantung kpd kadar Nitrogen, Phosphorus dan Kalium (NPK). dan sumber lain ialah Magnesium, Kalsium, Boron, Manganese. N (pembesaran daun) P(pembesaran akar) K(perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah). Baja Organik Zety Roses yg kami keluarkan ini dan digunakan di taman kami sudah terbukti dapat membekalkan keseluruhan keperluan nutrient yg diperlukan oleh pokok bunga, sayuran, tumbuhan. Baja Organik Zety Roses merupakan produk jualan terlaris di shopee dan ribuan dah terjual

Baja Kapur Zety Roses

TAHUKAH ANDA KENAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN BAJA KAPUR PADA TANAMAN/POKOK BUNGA? Tanah lama kelamaan akan berasid. Bila tanah berasid, kualiti tanah adalah amat rendah dan menyebabkan tanaman/bunga pokok anda kecil dan mudah diserang penyakit. Ramai petani/pekebun baru terlepas pandang mengenai pentingnya penggunaan baja kapur. Disarankan untuk mengapur tanah setiap 3 bulan.

Tanah Poros Air Zety Roses

Tanah yg poros air (apabila disiram, kadar air meresap ke dalam tanah dan keluar daripada lubang pasu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat) Jika air lambat surut, air bertakung dan akan menyebabkan akar dan batang lemas. Jika air keluar terlalu cepat, akar tidak sempat sedut nutrient drp air ataupun dari baja yg disiram