Zety Roses

"We Specialize In Rose"

KELADI

Pengasas Taman Zety Roses

Pemilik Taman Zety Roses(TZR) Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Zety, merupakan anak jati Terengganu yang kini menetap di Kg. Tanjung Aur, Jalan Pantai Ali, Hulu Terengganu. Beliau dikurniakan 5 orang cahaya mata bersama suami tercinta Ustaz Engku Hassan Bin Engku Wok Zin yang kini mengajar di SMKA Dato’ Haji Abbas, Terengganu.

Dr. Zety merupakan seorang bekas pensyarah di Jabatan Psikologi & Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu, dan telah menamatkan kerjaya sebagai pensyarah tahun ini. Beliau telah menjadikan taman ros sebagai terapi beliau dan keluarga dan kini hanya melalui sebuah hobi sebagai terapi telah menjadi sebuah pusat jualan ros secara komersial dan berskala besar menempa nama ke seluruh Malaysia.

Dr. Zety mula terlibat dalam penanaman ros sebagai hobi sejak 9 tahun yang lalu. Semenjak kecil beliau meminati bunga ros dan bercita-cita ingin memiliki sebuah rumah putih di dalam taman ros kini menjadi realiti. Bermula daripada hobi, beliau telah mendalami ilmu penjagaan & penanaman ros melalui pembacaan & R&D di tamannya sendiri.

9

Tahun Pengalaman

28

Orang Pekerja

183600

bunga terjual

Sejarah penubuhan Zety roses

Zety Roses akan menjadi pusat yang menyediakan perkhidmatan pelbagai berasaskan ros untuk kelestarian alam sejagat demi penjanaan ekonomi ummah menjelang 2023.

  • Menyediakan sebuah taman ros dan pusat jualan pelbagai jenis ros.
  • Menyediakan, menjual dan membekal pelbagai jenis ros, kit penjagaan ros dan produk berasaskan ros.
  • Menjana pusat penyelidikan dan penanaman ros.
  • Menyediakan pusat terapi ros komuniti.
  • Menyediakan perkhidmatan perundingan landskap taman
  • Menyediakan Cafe Taman Ros

Syarikat Zety Roses Resources ditubuhkan pada April 2016. Pengasasnya ialah Dr Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad. Bermula daripada hobi menanam pokok bunga ros, Dr Zety akhirnya telah menubuhkan syarikat atas permintaan tinggi daripada peminat-peminatnya. Hobi ini merupakan hobi bersama suami juga seisi keluarganya.

Taman Zety Roses beroperasi di Lot 3877 Kampung Tanjung Aur, Jalan Pantai Ali Hulu Terengganu, Terengganu. Zety Roses menawarkan pelbagai jenis pokok ros baka luar negara untuk dijual. Pokok-pokok bunga di Taman Zety Roses mendapat bekalan daripada Thailand. Taman Zety Roses adalah merupakan satu-satunya taman ros terbesar tanah rendah di Malaysia.

Selain daripada menawarkan jualan pelbagai jenis ros, Taman Zety Roses juga merupakan sebuah Pusat Penyelidikan & Penanaman Ros, Pusat Terapi Ros Komuniti serta Perunding Landskap Taman Ros. Zety Roses juga membekalkan produk penjagaan khas untuk ros dan tanaman lain berasaskan bahan organik. Malah, kami turut menyediakan pakej bimbingan & tunjuk ajar untuk setiap pembelian di Zety Roses.

Diantara produk keluaran Zety Roses adalah Baja Organik, Medium Ros, Semburan Serangga Rose Rescue (RR) & Semburan Organik Suppliment Zety Roses. Produk Zety Roses adalah daripada hasil kajian saintifik dan sesuai untuk semua pokok bunga, sayuran dan buahan. Di samping itu, Zety Roses turut menjual produk sabun ros, losyen tangan ros, madu kelulut ros serta pakaian bertema ros .