- Buat semburan wajib RR1 seperti biasa pada hari pertama.
- Selepas buat semburan wajib RR1, keesokannya (hari ke 2) buat semburan scale RR5 mengikut aturan sukatan yang diberikan (rujuk nota).
- Selepas buat semburan Scale, keesokannya (hari ke 3) pula buat pancutan air dengan kuat di bahagian batang yang terkena Scale tersebut.
- Selepas 3 hari semburan RR5, semburan Set Tonik perlu dibuat pada keseluruhan pokok dan di atas tanah (detail semburan boleh dirujuk pada nota).
- Jika pokok masih ada serangan Scale, ulang langkah no2 dan no3 setiap 3 hari sekali sehingga cukup 3 kali semburan.
- Jika semburan ulangan dibuat, semburan Set Tonik tetap diteruskan seperti biasa namun hanya pada bahagian tanah.
- Selepas pokok bebas Scale, rutin semburan asas (RR1 dan Set Tonik) diteruskan seperti biasa.
"We Specialize In Roses"
kawalan perosak ros
THRIP
TANDA-TANDA SERANGAN THRIP
- Daun berkeriput atau melengkung menadah air hujan
- Putik bunga kehitaman atau berkarat
- Pertumbuhan pucuk terbantut
CARA RAWAT SERANGAN THRIP - Serangan Biasa (Minor)
- Mengenal pasti serangan Thrips.
- Buat semburan RR1 pada hari pertama pada waktu petang selepas pembajaan.
- Sembur keseluruhan pokok (bawah daun, bud union, keseluruhan batang, bunga, kudup & tanah).
- Buang daun, kudup, pucuk & bunga yang terkena serangan pada hari yang sama atau keesokan harinya (hari ke 2).
- Daun, kudup, pucuk & bunga yang dibuang sebaiknya dibakar atau ditanam.
- Selepas 3 hari semburan RR1 (hari ke 4), semburan tonik perlu dibuat pada keseluruhan pokok dan di atas tanah (detail semburan boleh dirujuk pada nota).
- Rutin semburan asas (RR1 dan Set Tonik) diteruskan seperti biasa
CARA RAWAT SERANGAN THRIP - Serangan Teruk (Major)
- Sekiranya serangan terlalu teruk, semburan Thrips (RR1) perlu diulang semula 3 atau 4 hari selepas semburan pertama.
- Sembur keseluruhan pokok (bawah daun, bud union, keseluruhan batang, bunga, kudup & tanah).
- Buang daun, kudup, pucuk & bunga yang terkena serangan pada hari yang sama atau keesokan harinya (hari ke-2).
- Daun, kudup, pucuk & bunga yang dibuang sebaiknya dibakar atau ditanam.
- Semburan Set Tonik tetap diteruskan seperti biasa namun hanya pada bahagian tanah.
- Sebaiknya gunting disembur sebelum & selepas digunakan.
- Selepas pokok bebas Thrips, rutin semburan asas (RR1 dan Set Tonik) diteruskan seperti biasa.
- Kebiasaannya apabila langkah-langkah tersebut dilakukan dengan sempurna, Insya Allah selepas 2 minggu pokok akan bebas Thrips.
HAMAMA MERAH
TANDA-TANDA SERANGAN HAMAMA MERAH
- Daun berkeriput/melengkung ke bawah
- Putik bunga kehitaman/berkarat
- Pertumbuhan pucuk terbantut
CARA RAWAT SERANGAN HAMAMA MERAH - Serangan Biasa (Minor)
- Mengenal pasti serangan Hamama Merah..
- Buat semburan RR1 pada hari pertama pada waktu petang selepas pembajaan.
- Sembur keseluruhan pokok (bawah daun, bud union, keseluruhan batang, bunga, kudup & tanah).
- Buang daun, kudup, pucuk & bunga yang terkena serangan pada hari yang sama atau keesokan harinya (hari ke 2).
- Daun, kudup, pucuk & bunga yang dibuang sebaiknya dibakar atau ditanam.
- Selepas 3 hari semburan RR1 (hari ke 4), semburan tonik perlu dibuat pada keseluruhan pokok dan di atas tanah (detail semburan boleh dirujuk pada nota).
- Rutin semburan asas (RR1 dan Set Tonik) diteruskan seperti biasa.
CARA RAWAT SERANGAN HAMAMA MERAH - Serangan Teruk (Major)
- Sekiranya serangan terlalu teruk, semburan Hamama Merah (RR1) perlu diulang semula 3 atau 4 hari selepas semburan pertama.
- Sembur keseluruhan pokok (bawah daun, bud union, keseluruhan batang, bunga, kudup & tanah).
- Buang daun, kudup, pucuk & bunga yang terkena serangan pada hari yang sama atau keesokan harinya (hari ke-2). .
- Daun, kudup, pucuk & bunga yang dibuang sebaiknya dibakar atau ditanam.
- Semburan Set Tonik tetap diteruskan seperti biasa namun hanya pada bahagian tanah.
- Sebaiknya gunting disembur sebelum & selepas digunakan
- Selepas pokok bebas Hamama Merah, rutin semburan asas (RR1 dan Set Tonik) diteruskan seperti biasa.
- Kebiasaannya apabila langkah-langkah tersebut dilakukan dengan sempurna, Insya Allah selepas 2 minggu pokok akan bebas Hamama Merah.
WHITE FLY
TANDA-TANDA SERANGAN WHITE FLY
- Pokok yang diserang akan kehilangan banyak air dan nutrien
- Menyebabkan pertumbuhannya terjejas.
- Terdapat serangga putih berkeliaran di sekitar kawasan daun
- Terdapat habuk-habuk hitam dan diselaputi oleh lapisan hitam diatas permukaan daun yang diserang whitefly
CARA RAWAT SERANGAN WHITE FLY - Serangan Biasa (Minor)
- Mengenal pasti serangan White Fly.
- Buat semburan wajib RR1 + semburan untuk White Fly (RR3) pada hari pertama pada waktu petang selepas pembajaan.
- Sembur keseluruhan pokok (bawah daun, bud union, keseluruhan batang, bunga, kudup & tanah).
- Buang daun, kudup, pucuk & bunga yang terkena serangan pada hari yang sama atau keesokan harinya (hari ke 2).
- Daun, kudup, pucuk & bunga yang dibuang sebaiknya dibakar atau ditanam.
- Selepas 3 hari semburan RR1 (hari ke 4), semburan tonik perlu dibuat pada keseluruhan pokok dan di atas tanah (detail semburan boleh dirujuk pada nota).
- Rutin semburan asas (RR1 dan Set Tonik) diteruskan seperti biasa.
CARA RAWAT SERANGAN WHITE FLY - Serangan Teruk (Major)
- Sekiranya serangan terlalu teruk, semburan wajib RR1 + semburan untuk White Fly (RR3) perlu diulang semula 3 atau 4 hari selepas semburan pertama
- Sembur keseluruhan pokok (bawah daun, bud union, keseluruhan batang, bunga, kudup & tanah).
- Buang daun, kudup, pucuk & bunga yang terkena serangan pada hari yang sama atau keesokan harinya (hari ke-2). .
- Daun, kudup, pucuk & bunga yang dibuang sebaiknya dibakar atau ditanam.
- Semburan Set Tonik tetap diteruskan seperti biasa namun hanya pada bahagian tanah.
- Sebaiknya gunting disembur sebelum & selepas digunakan
- Selepas pokok bebas White Fly, rutin semburan asas (RR1 dan Set Tonik) diteruskan seperti biasa.
- Kebiasaannya apabila langkah-langkah tersebut dilakukan dengan sempurna, Insya Allah selepas 2 minggu pokok akan bebas White Fly.
BENA
TANDA-TANDA SERANGAN BENA (BERDEBU)
- Habuk kapas
- Pokok kekeringan
- Warna pokok menjadi kekuningan atau kemerahan
CARA RAWAT SERANGAN BENA - Serangan Biasa (Minor)
- Mengenal pasti serangan Bena.
- Buat semburan wajib RR1 hari pertama pada waktu petang selepas pembajaan.
- Sembur keseluruhan pokok (bawah daun, bud union, keseluruhan batang, bunga, kudup & tanah).
- Buang daun, kudup, pucuk & bunga yang terkena serangan pada hari yang sama atau keesokan harinya (hari ke 2).
- Daun, kudup, pucuk & bunga yang dibuang sebaiknya dibakar atau ditanam.
- Selepas 3 hari semburan RR1 (hari ke 4), semburan tonik perlu dibuat pada keseluruhan pokok dan di atas tanah (detail semburan boleh dirujuk pada nota).
- Rutin semburan asas (RR1 dan Set Tonik) diteruskan seperti biasa.
CARA RAWAT SERANGAN BENA - Serangan Teruk (Major)
- Sekiranya serangan terlalu teruk, semburan Bena (RR1) perlu diulang semula 3 atau 4 hari selepas semburan pertama
- Sembur keseluruhan pokok (bawah daun, bud union, keseluruhan batang, bunga, kudup & tanah).
- Buang daun, kudup, pucuk & bunga yang terkena serangan pada hari yang sama atau keesokan harinya (hari ke-2). .
- Daun, kudup, pucuk & bunga yang dibuang sebaiknya dibakar atau ditanam.
- Semburan Tonik tetap diteruskan seperti biasa namun hanya pada bahagian tanah.
- Sebaiknya gunting disembur sebelum & selepas digunakan
- Selepas pokok bebas Bena, rutin semburan asas (RR1 dan Set Tonik) diteruskan seperti biasa.
- Kebiasaannya apabila langkah-langkah tersebut dilakukan dengan sempurna, Insya Allah selepas 2 minggu pokok akan bebas White Fly.
KANKER
FAKTOR SERANGAN KANKER
- Cuaca yang terlalu lembab.
- Jangkitan kulat yang dibawa oleh percikan air hujan yang menyebabkan cepat berjangkit.
- Penggunaan gunting pokok yang sudah terkena kulat.
- Cara pemotongan atau pemangkasan (pruning) yang tidak betul.
- Tanah yang bertakung air yang menyebabkan kulat tersebut menyerang akar & batang.
- Tanah yang nilai pHnya tidak menepati pH yang diperlukan oleh pokok ros (pH tanah ros di Malaysia mengikut kajian & keputusan di TZR ialah 6.5).
- Pokok yang banyak terkena serangan Black Spot lebih cepat terkena kanker terutama pokok jenis hybrid tea & miniature.
CARA KAWALAN KULAT DI TZR
- Guna gunting yang bersih, gunting sepatutnya di basuh dengan bersih setiap kali selepas buat pemotongan atau pemangkasan (pruning).
- Tanah yang sudah berusia lebih dari 8-12 bulan (yang berada di dalam pasu) akan menjadi sangat berasid, oleh itu semburan Set Tonik perlu dilakukan di atas tanah untuk mengembalikan pH (detail semburan boleh dirujuk pada nota). Kebiasaannya masuk bulan ke 9, pH tanah perlu diperiksa.
- Kekalkan semburan wajib RR1 dan Set Tonik sepeti biasa seminggu sekali di musim hujan.
- Semburan RR6 untuk kanker sentiasa di buat untuk pencegahan setiap 3 bulan sekali pada keseluruhan pokok (batang hingga daun).
- Potong sehingga ke sendi apabila batang tersebut sudah terkena kanker.
- Elakkan daripada menyiram pokok pada bahagian daun dan batang di sebelah petang. Hanya perlu disiram di atas tanah sahaja.
- Elakkan daripada melakukan deadheading & prunning ketika musim hujan terutama kepada ros jenis hybrid tea & miniature (di TZR tiada masalah mungkin disebabkan faktor tanah).
- Setakat kajian yang dijalankan dari TZR, rumah hijau adalah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan risiko kanker
- Untuk rawatan (batang kekuningan), sapu menggunakan berus cat RR6 yangtak dibancuh.
SCALE
CARA MERAWAT MASALAH SCALE