Rehearsal Wawancara Program Inspirasi Keusahawanan Muslim HARAP TV

ASSALAMUALAIKUM..😊

Untuk makluman semua, Taman Zety Roses (TZR), Kg Tanjung Aur, Jalan Pantai Ali, Hulu Terengganu bakal muncul di layar kaca stesen tv tidak lama lagi di stesen Harap TV untuk slot Program Inspirasi Keusahawanan Muslim.

Semalam 20/10/2020, pihak produksi TV turun ke lapangan untuk membuat sedikit persediaan liputan ataupun rehearsal bagi melancarkan lagi perjalanan program yang bakal dijalankan hari Khamis ini iaitu 22/10/2020.

Berikut adalah suasana sekitar perjalanan rehearsal yang sempat dirakam untuk  tatapan peminat zety roses semua..🥰

Bertuah pihak produksi hari ni kerana dapat membuat rehearsal sambil dapat mencuci mata melihat keindahan koleksi penanaman bunga ros yang terdapat di TZR.

So, stay tune ye semua untuk tonton keindahan bunga ros di layar skrin masing-masing khamis ini 22/10/2020..😊

Dan jangan lupa bersama-sama menyumbangkan likes, subscribes dan views di channel HARAP TV yang bakal menayangkan dokumentari tentang Taman Zety Roses yang makin mendapat sambutan daripada peminat ros di seluruh Malaysia ini.

               

           

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *