Tips Penjagaan Ros Ketika Musim Hujan

Assalamualaikum dan salam sejahtera rosarians semua. Memandangkan di negeri Terengganu ni asyik hujan di sebelah petang, pihak Zety Roses ingin berkongsi mengenai tips penjagaan ros ketika musim hujan dari Taman Zety Roses sendiri yer.

Tips yang pertama adalah Elakkan daripada membuat pangkasan dahan. Pangkasan hanya boleh dibuat pada bahagian tangkai bunga kering sahaja dan tidak perlu membilang 3 atau 5 daun. Tips kedua, ketika musim hujan, Pastikan air tidak bertangkung lama (sehari semalam) di dalam pasu. Sekiranya air bertakung di dalam pasu lebih dari 1 hari, korek tanah menggunakan batang kayu atau besi panjang mengena kepada lubang pasu supaya air boleh mengalir keluar. Bagi sesiapa yang tanam atas tanah yang menggunakan medium khas zety ros tidak ada masalah sekiranya air bertangkung. Dari segi pembajaan pula boleh dilakukan seperti biasa.
Sekiranya rosarians semua mengikuti semua tips di atas, pokok tidak perlu dialih di bawah teduhan… InsyaAllah pokok lebih sihat dan segar di musim hujan.

Sumber: http://tamanzetyroses.blogspot.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *