Zety Roses

Medium Khas Untuk Pokok Bunga Ros

Assalamualaikum dan selamat pagi buat rosarians semua. Perbincangan blog pada hari ini adalah mengenai medium khas untuk pokok bunga ros. Buat pengetahuan semua, ramai yang tidak tahu atau kurang cakna mengenai pemilihan tepat medium khas dalam penanaman pokok. Lazimnya, medium khas atau tanah yang baik dalam penanaman adalah :

a) Mengandungi unsur-unsur organik
b) ph kurang daripada 7
c) Mempunyai kelembapan yang baik walaupun pada musim panas atau kemarau
d) Tidak mengeras selepas ditanam

Medium khas ros yang paling baik untuk digunakan ialah medium khas zety ros. Kenapa ianya baik? Apa kelebihannya? Jom kita terokai. Pertama sekali, buat pengetahuan rosarians, medium khas zety ros mempunyai banyak kelebihan berbanding medium-medium lain yang berada di pasaran. Kelebihan-kelebihannya adalah seperti yang berikut:

a) Dapat mengurangkan risiko penyakit
b) Menggalakkan tumbesaran pokok
c) Menggalakkan pencambahan tunas dan pucuk baru pokok
d) Sangat sesuai untuk semua jenis pokok bunga, sayuran, buah-buahan dan tumbuhan lain.

Sekarang pilihan berada pada rosarians semua. Samaada berterusan memilih medium yang kurang tepat untuk ros atau bertindak lebih bijak demi penghasilan pokok bunga ros yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Ok, setakat ini sahaja bicara mengenai medium khas ros pada kali ini. Semoga perkongsian ilmu pada pagi ini memberi seribu manfaat untuk anda semua.

Sumber: http://tamanzetyroses.blogspot.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *